[close]

:: SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1993 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1994. Persekolahan bermula pada hari Isnin 15 Ogos 1994 (13 Rabiulawal 1415). Seramai 151 orang murid mula bersekolah terdiri daripada murid tahap 1. Setiap tahun terdapat 2 kelas dan kesemuanya berjumlah 6 buah kelas. Murid yang diarahkan berpindah ke sekolah ini terdiri daripada murid-murid dari SK Sungai Bakap, SK Nibong Tebal, SK Sungai Duri dan SRK Methodist.

Seramai 11 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pekerja Am Rendah dan seorang Jaga telah ditempatkan di sekolah ini. Tn.Hj. Md. Yusop dari SK Seri Tasek telah dilantik menjalankan tugas sebagai Guru Besar mulai 17 Julai 1994. Semua guru baru ditukarkan ke sekolah ini bermula 15 Ogos 1994. Tn.Hj. Muhamad bin Hashim dari SRK Methodist Nibong Tebal sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Pn. Kalsom bt. Yusoff dari SK Sungai Acheh dilantik sebagai Penolong Kanan HEM bermula dari 15 Ogos 1994. En. Ahmad Bakar pula dilantik sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum juga pada 15 Ogos 1994.

Daripada 3 blok bangunan sekolah asal, kini SK Jawi telah mendapat satu lagi tambahan bangunan baru tiga tingkat yang dibina di hadapan bangunan lama. Kini SK Jawi telah berusia 25 tahun dan sudah 8 orang Guru Besar telah menerajui sekolah ini. Pada 1 Oktober 2017, Guru Besar yang baru telah bertukar ke sekolah ini menggantikan tempat Pn. Zubaidah binti Jaafar yang telah bersara dalam perkhidmatan. Guru Besar yang dimaksudkan ialah En. Rosli bin Ahmad dari SK Sg. Bakap Indah.

Kini jumlah murid sekolah ini terus meningkat dari setahun ke setahun dan kini telah mencecah ke angka 720 (2019).

Berikut adalah senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Jawi semenjak ianya mula ditubuhkan:
  • Tn Hj Mohd Yusof bin Abd. Hamid - 19.07.94 - 31.05.96
  • En Mohamad Salim bin Abdul Karim - 01.06.96 - 20.06.99
  • Pn Hajah Che Zu binti Zakaria - 21.06.99 - 14.02.00
  • Pn Hajah Azizah binti Md Radzi - 15.02.00 - 31.12.00
  • Pn Hajah Che Jamaliah binti Musa - 01.01.01 - 30.04.06
  • Tn.Hj. Ibrahim bin Zainal - 01.05.06 - 15.2.2013
  • Pn. Zubaidah bt. Jaafar 16.2.2013 - 17.8.2017
  • En. Rosli bin Ahmad 1.10.2017 - sekarang

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN






ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates