[close]

:: PIAGAM PELANGGAN

Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Jawi berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-

MURID

  • Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
  • Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
  • Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.
  • Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan / permainan.
  • Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa.
STAF
  • Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  • Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.
WARIS
  • Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
  • Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
  • Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima.

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN






ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates