[close]

:: PERUTUSAN KETUA PENTADBIR SEKOLAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama-tamanya, saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dengan limpah petunjuk-Nya, dapat kita membangunkan 'PERSADA KECEMERLANGAN' iaitu blog rasmi SK Jawi ini. Memandangkan betapa pentingnya pendidikan yang berkesan ke arah pembentuk generasi akan datang, sekolah dianggap institusi yang mampu menjana maklumat melalui prasarana maklumat terkini.

Warga SK Jawi bertuah dan bernasib baik kerana berpotensi untuk memainkan peranan ke arah menyempurnakan wawasan kerajaan. Dalam erti kata yang lain, prasarana yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid, guru-guru, pentadbiran dan kakitangan sekolah. Saya berharap warga SK Jawi akan sentiasa ceria dan sentiasa cemerlang dalam semua aspek dan menjadikan teknologi maklumat sebagai penyalur ilmu yang bermanfaat.

Apa yang paling penting, setiap individu dapat menjadi penapis iaitu membezakan pendidikan yang baik atau sebaliknya demi pembangunan sahsiah yang mulia dan sekali gus menjayakan wawasan negara.

Seterusnya, saya mendoakan kecemerlangan terus dicapai dan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala rakaman atau catatan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Kejayaan menyempurnakan pembangunan blog ini membuktikan kesungguhan dan kerjasama semua pihak untuk memertabatkan pendidikan negara amnya dan menjulang nama SK Jawi ke dalam arus perdana pendidikan khususnya.

Sekian.

:: ULANGTAHUN KELAHIRAN GURU & STAF SOKONGAN






ORANG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Penafian: Sekolah Kebangsaan Jawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates