BARISAN GURU YANG BERDEDIKASI
Guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kerana guru berperanan sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid serta masyarakat.
SEKOLAH DALAM TAMAN
Hampir seluruh kawasan sekolah dihiasi dengan tumbuhan hijau iaitu menerusi tiga taman dan lima plot sayur-sayuran dengan setiap satu daripadanya mempunyai tema dan konsep tersendiri dan diberi nama saintifik.
MEDIUM UNTUK MEYAMPAIKAN MAKLUMAT PENDIDIKAN
Pihak sekolah sentiasa menyampaikan informasi-informasi terbaharu kepada ibu bapa dan waris tentang tranformasi yang bakal ditempuhi oleh murid-murid dalam bidang pendidikan sekarang. Ini adalah bertujuan untuk persediaan kepada arus pendidikan yang semakin mencabar.
MENCUNGKIL BAKAT DAN POTENSI MURID
Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya bagi merealisaikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MEMPUNYAI JALINAN DAN JARINGAN DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG LAIN
SK Jawi semakin dikenali dan sentiasa didatangi pelawat dari dalam mahupun luar Negara khusus dalam lawatan-lawatan penanda aras untuk bertukar idea dalam arus perkembangan bidang pendidikan.
KECEMERLANGAN SK JAWI
Kejayaan demi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum telah dicipta oleh SK Jawi hingga membawa nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali serata negara.
MEMBUDAYAKAN PROGRAM GURU PENYAYANG
Membudayakan program 'Guru Penyayang' bagi menyemai sifat semulajadi dalam kalangan para pendidik selain meningkatkan motivasi para pelajar untuk ke sekolah. Justeru persekitaran sekolah yang kondusif diwujudkan bagi menyumbang kepada pembentukan daya pemikiran kritis, kreatif dan inovatif meliputi aspek rohani dan jasmani murid.
MEMPERKASAKAN BIDANG ICT
Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap pendidikan. Murid perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi